Friday, November 21, 2008

Nasi Lemak ! Nasi Lemak ! Siapa nak beli Nasi Lemak !

Disediakan oleh: Firdaus

19 Oct 2008

Hari ini dalam sejarah:

Secara tiba2 41 Rathmines riuh rendah dengan perkhabaran bahawa seseorang akan memasak nasi lemak pada hari ini. Berita ini tersebar dan diketahui umum sebaik sahaja tazkirah subuh selesai. Menurut sumber yang dipercayai, perancangan memasak nasi lemak telah dirancang secara senyap2 oleh beberapa ahli rumah. Mereka telah sepakat untuk menyembunyikan hal ini dari pengetahuan umum. Namum, perancangan dan sindiket ini gagal apabila Perisik dan Pengintip Bersekutu 41 Rathmines telah dapat menghidu perancangan 'underground' ini. Di bawah disediakan beberapa keping gambar bagi menerangkan peristiwa yang berlaku (namum, sidang akhbar ingin memohon maaf kerana hanya sebahagian gambar dapat ditayangkan kerana gambar2 lain masih dalam siasatan pihak berkuasa PP41R). Jutaan terima kasih ditujukan kepada PP41R yang memberi kami kebenaran untuk menyiarkan berita sensasi ini dan ribuan terima kasih juga buat perancang2 yang telah ditangkap dan pakar kimia yang terlibat dalam penyediaan ramuan 'meletup' nasi lemak. Hoooray !!!!!












Perancang (tidak mahu didedahkan identiti) sedang menyediakan susun atur hidangan.












Meraka yang diberkas dan mereka yang terlibat dalam serbuan.

4 comments:

naem said...

aku dikejut dan diminta bergegas pulang pada pagi tersebut utk melakukan serbuan.. kena la berkejar ke tempat kejadian walaupun pagi itu teramat sejuk di bumi Irish nie..

Anonymous said...

ye...ye....benar2....aku menyaksikan kau berlari dalam keadaan yang kau tidak sedar berjalan......hehehe

Anonymous said...

ape daa..sume nk bermadah pujangga...

M Iqbal AG said...

azmi, xpuas hati apa.
hohohohoh