
Hari ini langsung tiada mood untuk memasak kerana aku merasakan asa kesakitan yang mencucuk-cucuk. Namun, kugagahi jua kudratku kerana ia adalah amanah. Puas aku meminta idea dari pada rakan-rakan tentang apa yang perlu aku masak. Kutemui dua benda; ayam masala d
an ayam palembang.Aku beriadah juga bersama mangkuk dan periuk dalam penuh kesungguhan. Berbekalkan semangat mencuba, aku memilih AYAM PALEMBANG.
Entah apa rasanya!
Setelah masak, aku terus menjamu seluruh ahli baitul Isra' yang kucintai termasuk seorang ahli jemputan En. Aref Puchong dari rumah dekat-dekat Grand Canal itu, Portobello.
Semua mereka bergembira makan taugeh (taugeh susah nak cari kat Dublin, thanks Naim)bersama ayam palembang.
Ditengah kegembiraan menjamu selera. Entah bagaimana termasuk ke topik Hantu setelah beberapa ketika berbual mengenai lauk dan sekolah lama. Namun, apa yang menarik adalah cerita tentang berbagai jenis hantu yang wujud. Ada hantu melayu, ada hantu inggeris dan tak tahu pula hantu palembang macam mana.
Orang melayu memang sinonim dengan cerita hantu. Manakan tidak, sejak anak-anak hingusan lagi kita dimomok dengan 'hantu', jarang diajar takutkan 'tuhan'. Imbau kembali zaman kanak-kanak kita, setiap kali pulang mengaji di hujung kampung acapkali kita atau kawan-kawan kita berlari balik kerumah kerana takutkan hantu. Kalau tidak berlari mesti kita mengayuh selaju-lajunya hingga tercungap-cungap dihadapan rumah. Lawak bukan?
Al-Quran kita letakkan di rumah untuk menghalau hantu syaitan. Baca pun bila mak suruh pergi mengaji di rumah ustaz. melihat makna apatah lagi. Bagaimana nak memaknakan hidup dengan Al-Quran kalau kita cukup berbangga dapat menghalau hantu syaitan? Ataupun dapat meningkatkan kepintaran anak melalui air jampi dari ayat-ayat Al-quran.
Benar, Al-Quran adalah As-syifa' (penyembuh). Namun, rahmatnya lebih besar dari itu. Sekeras-keras gunung pun tidak mampu menerima Al-Quran. Al-Quran diberi kepada makhluk yang paling hebat, MANUSIA. Kenapa? Kerana manusia boleh memaknakan Al-Quran. Manusia mampu mengekspresi Al-Quran dalam setiap sistem dan konteks kehidupan.
Kita mampu hidup di bawah naungan Al-Quran. Caranya kita mesti memaknakan hidup kita sendiri dengan Al-Quran. Memenuhi setiap misi dan denyut darah kita dengan Islam. Memahami makna ibadah kepada Allah dan ibadah kepada taghut.
Ayam palembang atau hantu bukan menjadi soal. Kita memang sedar hantu hanya mewarnakan hidup kita dan tidak mampu membawa mudharat tanpa izin Allah.
Namun yang penting adalah akidah kita dan keimanan kita kepada Al-Quran. Adakah kita hanya yakin Al-Quran sebagai bacaan semata tanpa perlu merealisasikannya?
Apakah perasaan anda jika anda mempunyai hamba yang anda amat sayangi, anda berinya makan dan kasih sayang. Apabila dia bersedih anda dodoikan. Namun apa yang anda suruh dia tidak lakukan. Semua suruhan anda dia akan sebut berulang-ulang tanpa perbuatan. Bahkan lebih lima kali sehari dia sibuk menyebut apa yang anda suruh, namun anggotanya masih duduk 'rileks' di sofa.
Apa perasaan anda?
Marah.
Allah maha pengasih dan penyayang tidak marah. Tidak menurunkan azab kepada kita kerana kita tidak melakukan suruhannya. Lupakan sebentar isu yoga dan Shah Rukh Khan. Lupakan sebentar kutukan-kutukan kita terhadap orang lain. Mari menilai diri sendiri. Dimanakah kita?
Bersama ini disertakan resepi Ayam palembang yang dimasak sebentar radi. Terima kasih atas ucapan dari kawan-kawan. Sejuk hati bila kawan-kawan makan dengan selera.
-ferdaus-
p/s: #'hang' (bukan nama sebenar) bt la sajak pasal hantu!
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (kalau kat Dublin beli la Chicken Leg potong 3!)
1 biji kelapa parut (hehe..santan tin pun boleh)
6 tangkai cili merah (dublin punye pedas skit..hati2)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm halia
1 sudu puri tomato (beli kat Aldi murah oo)
3 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
½ cawan minyak makan
1 tin kecil kacang pis
Garam
Caranya:
Ayam dibersih, potong ikut suka hati. Gaulkan dengan garam, kemudian digoreng hingga kuning. Halia, serai, bawang-bawang & cili digiling (kalau rumah ader blender gunakan) sampai lumat. Panaskan minyak di dalam periuk & tumiskan bahan-bahan yang digiling tadi.
Masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis
& buah pelaga. Bila kuning & wangi, masukkan tomato & garam juga santan. Bila mendidih masukkan ayam & kacang pis.
- Ferdaus -
4 comments:
wah3...pandai btol org2 muda zaman skrg tulis blog...semoga kite same2 sejahterakn aqidah kite drp sbrg unsur2 yg mencemarknnya...semoga al-quran pd kite juga bkn sekadar mantera menghalau hantu, toyol or ape2 aje gelaran yg diberi...
btul2..huhu..wall E...!
'and with Him are the keys of the ghaib, none knows them but He. And He knows whatever there is in (or on) the earth and the sea. not a leaf falls but He knows it. There is not a grain in the darkness of the earth nor anything fresh or dry, but is written in a clear record'
[6:59]
To Everybody:
sehingga hijab terbuka
mana nampak oleh mata
suatu jasad yang tak terlihat
kerna yakin adanya alam
selain yang dirasa oleh pancaindera
maka dituruti jua hendaknya
kelibat wujudnya ia
pesanku pada yang membaca
takut tidak pada yang selain
dari Empunya
alam yang zahir
dan alam yang lain
kerna bisa goyah akidahmu
jika tidak teguh pada siapa
lebih kau takuti
tika kau seorang mahupun ramai
tika gelap mahupun siang
dan tika sunyi kau duduk seorang....
Post a Comment