Thursday, November 27, 2008

Apa Nak Jadi ! Continue...

Disediakan oleh: Firdaus

27 NOV 2008

Berita Hangat




"Apa yang hangat sangat cerita hari ini bang?" Michelle (panggilan mesra buat penghuni
Hutan Simpan Bukit Larut, alias Si Kera Betina) Taiping.

Secara tak semena-mena, Syura al-Isra bersidang lagi buat hari kedua. Persidangan yang mungkin lanjutan perbincangan semalam berlangsung kira2 15-20 minit selepas tazkirah Subuh. Perbincangan yang berlaku secara berturut2 selama 2 hari ini memberi gambaran kepada pihak media dan rakyat jelata khususnya, bahawa Syura al-Isra sedang gigih lagi tekun menyempurnakan suatu kegiatan/peraancangan yang masih samar2 pada pandangan kita semua. Walau bagaimanapun, seperti kebiasaan, sidang akhbar dengan kerjasama orang yang tidak mahu didedahkan identitinya (merangkap Setiausaha Sulit Bahagian Sumber Maklumat) telah berjaya mendedahkan beberapa isu yang dibangkitkan sepanjang mesyuarat. Harap sidang pembaca dapat membaca seterusnya menilai apa mungkin perancangan yang sedang diusahakan oleh Syura al-Isra bakal menggegarkan (bak kata Akhi Ismail Cork) dunia sejagat amnya. Dan sidang akhbar ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada sidang pembaca sekalian untuk menerima segala apa yang diberitakan. Namun, sidang akhbar sedar/percaya yang menjadi tanggungjawab pembaca sendiri sama ada untuk mempercayai berita yang disampaikan atau tidak.

Wartawan ? : Boleh Mr X ceritakan sedikit sebanyak resolusi Syura al-Isra pada hari ini?
Mr X: Tiada komen. Tapi saya tertarik kepada usul yang dibawa saudara Hafiz yang membangkitkan isu kehadiran tetamu terhormat. Beliau secara terang-terangan ingin mengetahui jumlah sebenar tetamu yang hadir agar tak 'over budget'.
Wartawan ? : Boleh saya tahu siapa hadirin yang dimaksudkan dan berapa jumlah mereka?
Mr X: Tiada komen.
Wartawan ? : Mr X ada memberitahu media semalam bahawa majlis yang Syura al-Isra rancangkan akan diadakan dalam minggu terdekat. Boleh Mr X perincikan tarikh tersebut agar sidang pembaca dapat mengetahui dan mendapat gambaran sebenar tentang situasi semasa?
Mr X: No comment. Tapi saya rasa majlis tu mungkin akan diadakan pada hari Sabtu ni. 29 NOV 2008. Tapi saya tak tahu sama ada tarikh ini telah diluluskan oleh Ahli2 Tertinggi Syura al-Isra atau tidak. Kalau nakkan kepastian sila 'call' uncle xemi. Ni nombor phone dia 08********.

Syura al-Isra bersidang. Gambaran artis.

Wartawan ? : Ada apa2 maklumat yang ingin Mr X tambah?
Mr X: Secara jujurnya tiada. Tapi saya ada terdengar satu slogan yang dilaungkan beberapa kali sepanjang persidangan berlangsung. Tapi saya sendiri pun masih belum tahu/pasti apa maksudnya dan saya rasa perkara ini sangat menarik untuk dikongsikan bersama sidang pembaca. Slogan itu berbunyi seperti berikut "Hang Logla' Noh!".
Wartawan ? : Terima kasih Mr X. Jumpa lagi esok.

Begitulah temu bual eksklusif yang wartawan lokasi sempat rakamkan. Adalah diharapkan supaya sidang pembaca dapat bersabar hingga tiba hari Sabtu ini untuk berita menyeluruh. Sidang akhbar akan sedaya upaya cuba sediakan laporan lengkap peristiwa hari Sabtu ini untuk tatapan sidang pembaca. Namum sidang akhbar amat berharap yang pembaca sekalian tidak 'emo' dengan suasana tegang yang dicetuskan oleh Syura al-Isra ketika ini sebaliknya bersabar dan bersikap tenang. Sekain, berita hangat hari ini.

No comments: