26 NOV 2008
Berita Hangat
"Apa yang hangat sangat cerita hari ini hah?" Micheal (panggilan mesra buat penghuniHutan Simpan Bukit Larut, alias Si Kera) Taiping.
Hari ini, Syura al-Isra bersidang. Namun sidang akhbar masih ragu2 tentang apa resolusi yang Syura al-Isra bincangkan. Hal ini kerana, Syura al-Isra telah menghalang wartawan2 dari memasuki bilik mesyuarat ( common room) atas alasan keselamatan. Hal ini berikutan terdapat desas-desus yang mengatakan Perisik dan Pengintip Bersekutu 41Rathmines (PP41R) sebenarnya merupakan 'skuad rahsia' dan mungkin juga 'pengkhianat' yang cuba mengintip segala aktiviti yang cuba dijalankan oleh al-Isra Community (ahli2 umah). Dan ahli2 PP41R ini terdiri dari warga wartawan sendiri yang selama ini membuat liputan setiap kali persidangan Syura al-Isra berlangsung. Walau bagaimanapun, sidang akhbar telah berjaya mengorek beberapa isi2 penting mesyuarat pagi tadi dari individu yang enggan namanya disiarkan. Di bawah, disediakan beberapa keping gambar bagi menerangkan peristiwa yang bakal berlaku hasil resolusi Syura al-Isra pada pagi tadi serta sedikit komentar berkenaannya.
"Syura sependapat hendak membuat tayangan gambar" Mr X. Ini merupakan hasil temu bual sidang akhbar dengan pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan. Hasil temu bual ini sekaligus memberitahu kita bahawasanya Syura al-Isra sedang merancang hendak membuat tayangan gambar. Adakah ini bermaksud Baitul Isra sedang membina sebuah mini 'cinema' di dalam rumah yang hanya memiliki satu tandas ini? atau Adakah sekatan/kawalan harga terhadap barang dapur selama ini bertujuan untuk memberi laluan terhadap pembinaan projek mega ini? Kalau benar kenyataan ini, apakah Filem pertama yang bakal ditayangkan? Apakah genre filem yang bakal ditayangkan dalam mini 'cinema' ini pada masa akan datang? Menurut khabar angin yang boleh dipercayai, filem 'debut' bagi mini 'cinema' Baitul Isra adalah filem Hindustan. Hah. Jangan terkejut dengan kenyataan yang benar ini....

Selain itu, Mr X juga ada berkata "Kita akan adakan makan2 selepas solat Maghrib dan sebelum tayangan". Apa nak jadi dengan al-Isra Community, tidak cukup dengan tayangan gambar mereka juga merancang hendak mengadakan jamuan. Ish....ish...ish. Di sini sidang akhabar hendak mewujudkan persoalan, adakah Baitul Isra sedang merancang 'Party' Hari Natal? Di mana slogan yang gembar-gembur sebelum ini (bak kata Uncle Xemi)? atau Adakah jamuan ini bersempena dengan hari pelancaran mini 'cinema' Baitul Isra? Kalau benar kenyataan ini, Siapakah jemputan2, kroni2 atau VIP2 yang diundang? Apakah maksud disebalik jamuan ini? Adakah untuk mengutip dana bagi membina satu lagi tandas? atau mungkin bertujuan untuk meraikan 'birthday' sesiapa? Sidang akhbar tidak pasti apa jawapan bagi persoalan2 ini.

Khabar angin menyatakan yang Uncle Xemi merupakan dalang yang menguruskan hal berkenaan makanan (merangkap AJK Makanan). Gambar di atas dikatakan merupakan menu2 yang bakal dihidang pada hadirin yang datang.
"Setiap orang mesti panggil orang yang ditentukan" Hafiz. Apa maksud kenyataan ini? Adakah bermaksud setiap ahli rumah diharuskan menjemput tetamu undangan 'face by face'? atau Adakah kenyataan ini bermaksud setiap ahli rumah mempunyai tugas masing2? Sidang akhbar menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan ini.

Kertas kerja Hafiz. Gambaran artis.
Oleh kerana berlakunya kekangan maklumat, sidang akhbar amat berharap agar sidang pembaca tidak merusuh mahupun memboikot ahli Baitul Isra. Sebaliknya, kita mengadakan pendekatan 'slow and easy' atau dalam erti kata yang lain, kita tunggu dan lihat apa yang Syura al-Isra rancangkan. Harap semoga sidang pembaca dapat menunggu naskah yang akan datang bagi mengetahui berita lanjut dan perkembangan peristiwa ini.

1 comment:
waaa... maaf x dapat nak datang!
sorry bebanyak...
da la sampai 3 face menginvite 1 face ini...
hehehe...
diriku hanye dapat doakan kejayaan program antum! (oopps... t'keluar bahase arab yg lame giler x gune!)
chaiyok2! gambatte ne!
salam...
peace out! :D
Post a Comment