
Wahai adik-adikku di Palestine...
Maafkan kami jika ade diantara kami disini yang tidak mengambil tahu akan kesengsaraan mu di sana...
Maafkan kami jika ada diantara kami di sini yang keberatan menyumbang sedikit wang kpd kalian, walaupun banyak wang mampu dibelanjakan untuk melancong sekitar Eropah tatkala cuti menjelma…
Maafkan kami jika ada diantara kami disini yang lupa mendoakn kalian dan pejuang-pejuang, kerana mungkin terlalu khusyu’ mendoakan kejayaan dalam peperiksaan serta hajat-hajat persendirian yang lain…
Maafkan kami jika ada diantara kami di sini yang sudah bosan menerima berita-berita tentang kezaliman, penindasan, serta pembantaian ke atasmu, sedangkan tidak pernah bosan membaca berita tentang perkembangan terkini EPL serta update manusia-manusia pujaan…
Maafkan kami jika bengangnya kami terhadap pembantaian yang dikenakan terhadap kalian tidak sebagaimana bengangnya sebahagian daripada kami apabila diganggu semasa sedang mentelaah lecture note tatkala peperiksaan semakin hampir…
Maafkan kami wahai adik-adikku di Palestine atas ketidak pedulian kami…
Ampunilah kami ya Allah atas kelalaian kami...
Wallahu’alam…
-ayoh chik-
1 comment:
salam.
ibu2ku, ayah2ku, abg2ku, kakak2ku dan adik2ku disana.
mungkin, adakala aku terleka di disini, maafkan aku.
tapi; akan kamu semua dalam doa2ku.
moga kemenangan itu, untuk kita akan tiba.
tabah dan bersabarlah.
Allah bersama kita.
dan aku akan berusaha semampuku.
Post a Comment