Friday, December 19, 2008

Untuk kita semua

salam alaik.

Panas

rasanya, shout box blog rumah agak panas ya.

seharusnya, mungkin saya yang perlu bertanggungjawab, sebab meletakkan entry 'Atromen' yang panas itu.

ya, honestly, bukan bermaksud kami berhibur dengan segala benda2 yang syirik tu.
which, lirik2 lagu tu, memang, bila di renung2 balik, semacam je bunyi die.

itu mungkin satu kesilapan yang tak sengaja.
insyaAllah,moga tak berulang lagi.

Pengajaran

dan hidup, adalah sekolah, seperti kata sahabat kita yang singgah, dan meninggalkan pesan.

kenapa semua ini berlaku?

ada hikmahnya bukan?
sama ada kita mahu dan hendak mengunyah kebenaran, mengambil pengajaran;
ataupun membutakan mata, dan merasakan diri kita sentiasa betul. :)

terus terang, bila saya fikir2 balik;
saya tulis ini, tidak menyokong sesiapa, sama ada ahli rumah atau sesiapa.

mungkin kali ini, Allah nak mengajar kita bersama.

dan, ini lagi, seperti yang saya selalu cakap;

untuk sesuatu benda yang baik dan betul, yang penting apa, bukan siapa


ya,untuk pihak yang berkenaan terima kasih sebb ingatkan kami tentang kecuaian itu.
dan ya, seperti kata naim, elok ada baiknya, kita ikut sunnah rasulullah, untuk meneggur secara berhikmah.

dan saya mahu memetik satu hadis, (maaf, xsempat merujuk sumber secara akademik) which yang rasanya semua orang tahu :- pernah satu ketika, ada seorang kafir ini datang kencing di masjid; time tu, semua sahabat bengang, n kalau boleh nak bantai je mamat tu. tapi Rasulullah cakap, sabar2, tunggu die bagi habis dahulu. pastu, Rasulullah, cakap kat die dengan cara yang baik. alhamdulillah, dengan cara rasulullah yang berhikmah itu, dia memeluk islam.

itu lah, cantiknya akhlak rasulullah. baginda menunjukkan satu contoh yang baik, bagaimana untuk kita sampaikan teguran.

benar, kkdang kita sentiasa silap, yet how kita tegur itu, determine how they accept it.

mari, saya embedkan satu video baba ali, the reminder : the haram police, untuk renungan kita bersama. isinya, ada juga dengan apa yang kita tgh bincangkan




yang baik itu datang daripada Allah, dan segala kekurangan itu,adalah dari saya sendiri.

moga bermanfaat,
of the Kaito. :)

No comments: