
TEMAN HIDUP, SATU DAN SELAMANYA
by: izzat hafifie @ gembo
by: izzat hafifie @ gembo
Pada ketika aku menulis tajuk artikel ini, aku terfikirkan dua perkara, ‘siapa’ atau ‘apa’? Lagu tema filem Rambo (Sylvester Stallone), lagi membangkitkan suasana keliru, menambah riuk pikuk neuron-neuronku. Aku ingin mencari jawapan yang mampu meleraikan permasalahan ini. Setiap malam aku berdoa agar dipertemukannya. Moga hari-hari dalam hidupku bertambah tenang dan bermakna.
Dengan izin Allah, aku telah dicampakkan ke bumi tarbiah, Ireland. Berada dalam Baitul Isra’, semakin membuka jendela-jendela harapan. Terima kasih kepada Haidir Yusuf yang memperkenalkan aku kepada Sirri Ammar, lalu di-rekemenkan pula kepada Azmi In Ab Rahman aka Uncle Xemi yang merupakan senior Baitul Isra’.
Bulan pertama berlalu begitu cepat. Aidilfitri disambut sederhana sungguhpun itulah kali pertama aku beraya dengan berpakaian baju melayu lengkap bersampin, ala-ala pengantin gitu. Gaya ‘Tan Sri’ pun ada. Bulan pertama berlalu tanpa sebarang detik bermakna. Patutkah aku menyesal?
Eh, tidak! Kerana aku perlukan masa untuk membiasakan diri dengan suasana di oversea yang menjadi idaman setiap insan.
Eh, ya! Aku menyesal! Kerana aku hanya melihat, tetapi tidak memerhati. Kerana aku hanya mendengar, tetapi tidak memahami. Kerana aku hanya bercakap, tetapi tidak bererti. Kerana aku bernafas, tetapi tidak pernah mensyukuri.
Mimpi ‘indah’ di Masjid Nimfa, Belfast tidak kusangka bakal menjadi pengubah haluan, bunga-bunga kepada jawapan yang aku cari selama ini.
Masih aku teringat tatkala aku ingin larikan diri untuk ke daurah di Masjid Tallaght. Sejurus selepas dibasuh oleh Sirri, Haidir pula menelefon aku dan beria-ria mengajak aku turut serta. Terdetik dalam hatiku bahwa mungkin aku telah dipanggil dan dipilih oleh Allah S.W.T. Dipanggil dan dipilih untuk aku membuka hijab, menerima jawapan yang berkurun aku cari.
Surah Al-An’am, ayat 125 (6:125), Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam…(hingga akhir ayat)”
Disokong pula dalam satu hadith yang menyebut:
“barangsiapa yang Allah kehendaki untuk diberikan kebaikan (kebajikan), akan diberikan kepadanya kefahaman tentang agama”
Jadi, tanpa rasa ragu-ragu, aku melangkahkan kaki ke sana.
Baghat Singh? Sungguh tinggi ‘iman’nya. Kalau Baghat Singh boleh, kenapa aku tidak? Baghat Singh mampu mengorbankan kenikmatan dunianya. Bagaimana pula aku?
Benar kata-kata Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 7 (49:7), maksudnya:
“…tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan-jalan yang lurus”
Sesungguhnya jelas bahwa Allah bukan menjadikan aku untuk cinta kepada dunia, cinta kepada harta, mahupun cinta kepada wanita. Tapi Allah menjadikan aku cinta kepada keimanan. Dan iman itu mekar didalam hati aku. Mengapa selama ini aku cinta kepada perkara-perkara yang melalaikan? Bukankan selama ini aku telah tahu bahwa Allah telah bersumpah dengan masa? Bukankan selama ini aku dalam kerugian? Mengapakah selama ini aku tidak pernah berusaha memahami ayat-ayat Al-Quran? Kenapa selama ini aku terlampau taksub dengan cinta dunia? Argh, semuanya rumit belaka!
Pada ketika inilah aku mengambil keputusan untuk ‘mengasingkan’ diri buat seketika, menilai bunga-bunga jawapan yang tersirat di celah dahan. Kepada ahli Baitul Isra’, aku pohon maaf jika membuatkan antum tertanya mengapa. “ko ok tak gembo?”, “ko pehal ni gembo?” “ko dah semayang taubat ke blom? Pelik semacam jer aku tengok..” aku kerap diaju. Berat hati untuk menjawab. Aku menyesali zaman mudaku yang diisi dengan maksiat. Malu untuk aku ceritakan kepada antum sekalian. Moga-moga tulisan ini merungkai segalanya, insyaAllah.
Alhamdulillah, pada suatu subuh yang hening, selak-selak pintu jawapan semakin terbuka. Pintu itu bak ditiup angin. Bukaannya luas, seluas mata memandang. Hafeez telah membaca satu hadith Sahih al-Bukhari yang aku rasakan ialah nectar kepada bunga-bunga jawapan tadi. It’s a sealed nectar. The sweetest ever. Nectar yang menjadi rebutan pada lebah-lebah, untuk dipersembahkan kepada Sang Puteri tatkala kembalinya ke sarang.
From “The Book of Belief (i.e Faith)/Kitaabul Iman”, chapter 14, means:
Narrated Anas r.a: The Prophet S.A.W said, “Whoever possesses the following three qualities will taste the sweetness of faith:
1. The one to whom Allah S.W.T and His Messenger Muhammad S.A.W become dearer than anything else.
2. Who loves a person and he loves him only for Allah’s sake.
3. Who hates to revert to disbelief (atheism) after Allah has brought him out (saved him) from it, as he hates to be thrown in fire.
Kini aku memilih jalan hidup baru. Jangan diungkit kisah lama. Yang berlalu biarkan berlalu. Aku benci zaman kekufuranku. Zaman yang mana aku meminta, tetapi tidak pernah berusaha. Zaman yang aku melebihkan dunia, hatta terlupa syurga itu kekal selamanya.
Sahabat sekalian, aku menulis ini bukan ingin menunjuk-nunjuk. Moga dijauhkan dari sifat riya’, ujub dan takbur. Aku tulis artikel ini untuk berkongsi dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hatiku, dan apa yang Islam sudah berikan kepada aku, jika aku benar-benar faham tentang agama ini. Alhamdulillah.
Buat ahli Baitul Isra’, jika aku terlanjur, maafkan aku. Jika aku melebih-lebih dalam perbuatan dan percakapan, tegurlah aku. Jika aku diam, sesungguhnya itu lebih baik daripada berkata yang sia-sia.
Akhir kalam, terima kasih kepada semua yang membantu mentarbiyyah diri ini. Sesungguhnya perjalanan aku masih panjang, dan tiada penghujung. Sesiapa yang ingin bersamaku, tidak aku janjikan kemewahan dalam kehidupan ini bahkan hidup kita akan bertambah susah. Ibarat peluh diganti darah. Sungguh kehidupan di dunia ini tak lain hanyalah kesenangan yang palsu (al-Hadid, ayat 20).
Terima kasih juga kepada Dr Khairul Azlan, Puchong, Syafiq Chef 41, dan ahli-ahli Baitul Anfal yang banyak membantu memahamkan aku tentang dunia ini. Tak lupa kepada ahli Baitul Isra’, terima kasih. Baarakallahufiikum.
Kini aku bersama Islam, teman hidupku, satu dan selamanya.
12 comments:
Salam...
semoga Allah menetapkan kite atas jalan ini..jalan tarbiyah..jalan dakwah..jalan para nabi & rasul..jalan yg memberi makna pd hidup..teringat zaman aku mula2 dipilih Allah utk turut sama melangkah ke jalan ini...lebih kurang mcm ni jgk..cume bezanye aku x pndai menyusun ayat utk dikongsikan bersama spt ini...semoga Allah meredhai usaha kite ini..
alhamdulillah, semoga Allah terus menerus memberikan kita hidayahnya,dan Allah membantu perjuangan kita.
semoga juga Allah kekalkan hati2 kita supaya senantiasa berada di dalam jalan memperjuangkan agamanya.
hingga ketemu,
-syafiq-
setiap insan mempunyai sejarah hitam..dan aku rasa antara semua,kisah aku terlalu hitam..hingga pernah aku menangis mungkinkah cahaya di hujung sana..tapi Allah itu maha penyayang..tak terkira berapa kali aku di sapa, dijenguk dan diterjah hidayah-Nya..dulu, terlalu selalu aku terlupa dan melarikan diri..
Namun DIA tak pernah lupa akan aku..
Dan kini, aku tak akan (iA) lari lagi..
Kalau ikutkan perkiraan aku, hampir 10 tahun sudah aku mula diperkenalkan..terlalu banyak kebaikan di depan mata, terlalu buta aku utk aku mengikuti..
namun itu semua mematangkan aku..
moga, aku terus di pilihNYA dan tetap di atas perjuangan ini..
(mak dan ayah serta teman2, doa kalian antara asbab, abg/aku masih dipandang ALLAH...)
sekian..wassalam..
manisnya iman itu.
sangat indah, dan asyik.
yg penting, istiqamah;
itu kunci taqwa.
kerna lebih baik,
sesuatu sedikit berterusan
daripada banyak tidak tentu.
dan bila hidayah itu menyinar,
jaga seeloknya, simpan sebaiknya.
kerna cahaya-cahaya itu anugerah.
Nadim Muhammad
benar kata encik nadim..
jangan jadi seperti aku..
alhamdulillah..
masih aku jua di sini..
bumi Ireland ini byk membantu..
doa bonda dan ayahanda..
dan aku taw, ikhwah juga byk risau masa mula2 aku tiba di sini dulu..
maaf sahabat...
katakan lagi andai aku berubah..
aku rindukan manisnya saat berjuang di Malaysia dulu..
bermula dgn friendster kita kenal-mengenali... asyik ber'sms' di tgh2 malam... namun wajah masing2 di pernah juga kita lihat sama sekali... namun akhirnya ketemu jua kita di bumi malaysia sewaktu predeparture UMNO dan PMC... sehinggalah kita menjejakkan kaki di bumi ireland ini... tidak terbayang terasa betapa halusnya perancangan Allah buat kita... tetapi begitulah kasihnya Allah pada kita, Dia tidak pernah sedikitpun alpa dan lupa terhadap kita dalam keadaan kita sibuk bergelumang dgn dunia... malah Dia sudi memberikan kasih sayangnya kepada kita dengan diberinya kefahaman dalam agama... aduhai betapa besarnya rahmat Allah buat kita... apakah nikmat yg besar selain drpd nikmat iman dan islam ini? inilah nikmat yg memberi makna dalam kehidupan yg jauh dan hakiki...
kepada gembo... sambutlah nikmat ini... sambutlah kasih sayangNya... jgn lepaskannya... jagalah ia baik2... kita tidak tahu apakah Allah sudi lagi memberikannya utk kali kedua... atau mungkinkah ini peluang terakhir utk kita? kita semua tidak tahu...
aku tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa pun... tiada kuasa sedikitpun utk membuka hati sesiapa... tetapi aku hanya mampu berusaha utk menyampaikan hidayah Allah itu... tidak lebih drpd itu... semuanya terletak kepada kehendak Allah utk memilih manusia pilihanNya...
terima kasih Allah kerana ketemukan kita... terima kasih ya Allah kerana menyatukan kita di atas jalan ini... terima kasih ya Allah kerana sudi menyentuh hati-hati kami dgn hidayahMu... terima kasih ya Allah kerana sudi memilih kami utk menjadi pekerjaMu...
kita berdoa
moga-moga
Allah satukan hati-hati ini
dengan ikatan
dengan simpulan
dengan jalinan
taliNya
"ya Allah
eratkanlah hati-hati ini
eratkanlah hati-hati ini
di bawah naungan rahmanMu
di bawah lembayung rahimMu"
bersama kita layari
mendaki puncak hakiki
mengenal hakikat diri
mencari damai abadi
di alam syurgawi
aku
tidak pandai berkata
tidak petah berbicara
tidak merdu berbahasa
namun
aku manusia punya rasa
ingin berkongsi kefahaman
berkongsi sentuhan
yang syumul
yang kamil
al-islam
kutitipkan kalimah ini
moga kalian selami
apa yang terbuku dihati ini
yang mencari cinta Ilahi
salam rindu dari bumi cork,
haidir@hira'
Alhamdullilah
All the best for your life,
nak nangis aku rase melihat perubahan pada diri mu...
semoga Allah s.w.t berada dekat dihati mu selalu....
assalamualaikum, gembo~
akhirnya, blogging pun anda.. :)
-lepasan ausmat intec
juga turut berterima kasih kepada Dr Khairul Azlan, Puchong, Syafiq Chef 41, dan ahli-ahli Baitul Anfal(sirri,bucer,harith etc). Semoga Allah memberkati segala usaha yg telah dicurahkan utk agama ini. Semoga islam terus subur dan segar, kembali menggetarkan dan menyalakan api iman yg terpendam di dalam dada kita semua. Ameen ya rabbal a'lamin.
nice sajak from haidir :)
gembo... when your next post?
kepada anonymous, jika aku ada apa2 yang hendak diperkatakan aku akan post. buat masa ni tak der idea lagi...
kepada semua, terima kasih atas semangat yang diberikan.
kullu 'am wa antum bikher.
Post a Comment