Saya telah puas melalui fasa ini sejak dari Malaysia. Pemboikotan ibarat hangat-hangat tahi ayam. Benar, saya pernah kecewa dengan isu boikot kerana ianya tidak pernah memberi kesan pada pandangan saya. Kenapa? Kerana kita orang melayu hanya menahan nafsu dari membeli barangan 'haram' ini paling lama hanya 2 bulan. Saya telah menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Johor untuk memahamkan masyarakat terutama kelompok masyarakat pelajar tentang hak kita sebagai pembeli, hak memilih.
Saya benar-benar bosan. Isu boikot akan segera wujud setelah 'penyembelihan' terbaru. Namun segera padam apabila isu telah 'sejuk' dan airmata telah kering. Mungkin kita tidak melihat kesannya. Kerana bukan kita yang merasainya. Pernah juga saya 'melawat' web dan weblog2 Israel untuk melihat sejauhmana ekonomi mereka. Apa tindaktanduk mereka dengan pemboikotan ini.
There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.
Sila klik DISINI untuk baca lebih lanjut. Tapi tidak perlu klik pun tidak mengapa takut menambah kekuatan ekonomi mereka.
p/s : saya pun kembali yakin dengan pemboikotan setelah mendengar talk dari Tuan Ismael Patel (The chair of the Leicester-based campaign Friends of Al-Aqsa) di program Winter Retreat baru-baru ini.
~Semoga Bermanfaat Bersama
1 comment:
saya sangat setuju. alhamdulillah, masih ramai juga orang yang sedar akan hal ini. kekejaman orang yahudi kali ni sangat membuatkan umat islam sedar, dan saya harap majoritinya sedar. dan saya rasa terharu kerana org2 muslim yang sedar ini mengambil tindakan yang membanggakan. dan terus terang, ini first time juga saya memboikot produk2 israel.. dan insya Allah akan terus memboikot biarpun air mata 'disana' telahpun kering.. smoga ekonomi mereka betul2 lumpuh.. Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada umat Islam...
Post a Comment