IDEA ASAL : BILALSUBUH
PENULIS : IZZAT HAFIFIE @ GEMBO
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bilalsubuh telah pun tamat peperiksaan untuk pertama kalinya di Ireland ini dan bilalsubuh rasa alangkah baiknya jika bilalsubuh mempergiatkan kerja-kerja dakwah, tarbiyah jama’i kepada rakan-rakan bilalsubuh di Ireland ni ke, Malaysia tanah airku ke, kat mana-mana sajalah di seluruh dunia ni. Harapnya ia boleh menjadi ingatan kepada semua dan kepada bilalsubuh sendiri kerana Àllah telah berfirman yang bermaksud:
“wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?
(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”
(As-saf: 2&3)
Apabila bilalsubuh menulis tajuk artikel ini, bilalsubuh seakan-akan mahu mengajak antum masuk balik kelas bahasa melayu belajar ‘phonetics’ aka cara-cara menyebut sesuatu perkataan. Apa yang bilalsubuh maksudkan adalah perkataan ‘pembela’ tu sendiri. Pembela (defending others) ataupun pembela (macam mengasuh la…).
Mintak maaf la bahasa bilalsubuh ni berterabur sikit. Maklumlah, bilal subuh ni lahir di Kelantan, membesar di Perlis, bersekolah di Seremban, pastu satu semester di Tronoh, Perak, then 2 tahun di Shah Alam, pernah juga bermastautin di
Berbalik kepada perkataan ‘pembela’ itu tadi, apa sebenarnya yang bilalsubuh maksudkan? Dan apakah pula ‘di barisan’ hadapan tu? Terima kasih kepada sekolah lama bilalsubuh yang menjadikan frasa ini sebagai salah satu profil pelajarnya.
Bilalsubuh berkenan untuk menafsirkan perkataan ‘di barisan hadapan’ itu sebagai menjadi ketua. Bukanlah bilalsubuh ingin mengajak antum berebut jawatan itu, jawatan ini, berkempen
Bilalsubuh ingin membawa satu contoh yang sangat dekat dengan kita. Melihat perkataan ‘di barisan hadapan’ itu sebagai menjadi imam dalam solat. Menjadi ketua kepda makmum-makmum yang patuh mengikut kata-kata imam dalam jamaah solat. Bilalsubuh sendiri dapat merasakan betapa beratnya tanggungjawab menjadi imam solat ini. Perasaan itu seolah-olah lain. Terasa beban yang dipikul dek bahu ini.
Namun, bilalsubuh terkilan melihat pemuda-pemuda zaman sekarang yang bertolak-tolak untuk menjadi imam. Kononnya ada orang yang lebih layak.
Menyingkap zaman silam bilalsubuh, ala, zaman muda-muda dulu. Bilalsubuh pun bukanlah kaki surau sangat. Kalau ditolak untuk jadi imam tu, mulalah kaki tergetar, nafas tak cukup, pastu buat batuk-batuk sket, padahal bacaan tak betul pun. Kalau dalam bahasa medicnya, sympathetic nervous system menguasai bilalsubuh ketika itu.
Tapi, sampai bila bilalsubuh ingin begini? Sekarang ni dah semester terakhir A-Level. Tak lama dah nak fly. Tak lama lagi nak mengadap bakal mentua. Takkan la nanti pak mentua suruh jadi imam, dok gi tolak bakal ipar jadi imam? Tak malu ker? Memang la jadi imam ni tak boleh paksa-paksa, bacaan kena bagus, tajwid dan makhraj kena betul. Yang penting, iat juga kena betul,
Tapi jangan disebabkan itu, kita menconteng arang dimuka sendiri. Pendek kata, menjadi ketua/imam solat merupakan platform kita untuk menjadi ketua keluarga pada satu hari nanti. Aduh, inilah kelemahan bilalsubuh. Bila mula cakap bab kahwin saja, mulalah sympathetic nervous system take over. Hahaha…
Lalu, bilalsubuh mulalah berjinak-jinak untuk ke surau di kolej bilalsubuh.
Hari demi hari, semakin gian. Saat yang paling gian adalah ketika subuh. Bilalsubuh akan sedaya upaya menjadi orang pertama tiba di surau untuk melaungkan azan subuh. Sebab itu la masih terlekat gelaran bilalsubuh. Cerita kisah silam…
Apabila melihat jemaah ramai datang ketika subuh, bilalsubuh dapat rasakan satu kepuasan. Panggilan disahut oleh rakan-rakan, Alhamdulillah.
Namun kekadang bilalsubuh sedikit terkilan melihat rakan-rakan yang menghabiskan malam mereka dengan menelaah pelajaran, diselangi dengan tahajjud dan solat hajat. Namun, tatkala subuh, mereka berkata; “ko gi smayang la dulu, aku tidor lambat semalam”.
Adakah mereka tidak mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat? Adakah mereka tidak mengetahui ganjaran solat sunat dua rakaat antara azan dan iqamat subuh yang lebih baik dari bumi dan isinya? Kalau tak datang kuliah subuh harian, macam mana nak tahu
Banyak yang bilalsubuh belajar, tapi masih dapat dirasakan yang ilmu ini masih tidak cukup. Terima kasih kepada Mursyid (medicine, JUST) yang membetulkan Al-Fatihah bilalsubuh. Kadang-kadang bilalsubuh terasa cemburu dengan students
Amboi, jauh bilalsubuh melalut no…jadi, apa kaitannya dengan perkataan ‘pembela’ pulak?
Menjadi imam ketika solat jemaah bukan sesuatu yang mudah. Kerana imamlah pembela kepada makmum.
Tapi bilalsubuh, macam mana pulak dengan perkataan pembela (mengasuh) pulak?
Pembela yang bilalsubuh maksudkan ialah membela iman. Menjadikan ‘imam’ itu sebagai salah satu jalan tarbiyyah. Jalan tarbiyyah yang boleh memantapkan aqidah yang akhirnya membentuk sebuah fikrah yang mantap lalu menghasilkan satu biah yang mana islam itu bukannya tertegak atas nama, tapi atas aqidah yang sama.
Apabila kita rasa terpanggil untuk menjadi imam ketika solat jamaah, dari situ akan datang suatu keiinginan untuk mendalami maksud-maksud ayat Al-Quran, membetulkan tajwid, membetulkan makhraj, belajar sedikit sebanyak pasal tarannum, memperbanyakkan hafalan dan secara tidak langsung kita dapat mengetahui keindahan bahasa Arab itu sendiri.
Moga-moga dengan mengetahui keindahan Al-Quran itu sendiri, solat kita akan semakin
khusyu’. Bacaan kita diselangi dengan air mata. Air mata yang rindukan nikmat syurga, takutkan azab neraka.
Bilalsubuh tidak nampak mengapakah pemuda-pemuda zaman sekarang bertolak-tolakan untuk menjadi imam. Walhal, ganjarannya disisi Allah siapa yang tahu? Ganjarannya kepada diri kita sendiri, seperti yang bilalsubuh sebutkan tadi. Subhanallah. Jika kemanisan iman itu boleh dirasa dengan lidah (anterior fungiform taste bud), nescaya kopi pun tak dibancuh dengan gula.
Mungkin juga kebelakangan ini diadakan bacaan Qunut Nazilah atas peristiwa Palestin, menjadi alasan kepada mereka untuk tidak menjadi imam. Kalau tak boleh baca panjang, baca yang pendek sudah la…kalau nak baca yang panjang, tapi tak hafal, tampal la kat dinding depan tu. Baca!
Kita ni dah la tak pergi berjihad perang ngan
Dulu waktu mula-mula baca Qunut Nazilah, bilalsubuh pun tak hafal. Siap solat pakai spec lagi semata-mata nak baca doa qunut yang tertampal kat dinding tu. Lama kelamaan alhamdulillah, boleh hafal pun. Bukanlah susah sangat. Sebab apa? Sebab bilalsubuh menganggap menjadi imam solat itu merupakan satu jalan tarbiyyah dan boleh membela iman bilalsubuh, insyaAllah.
Insyaallah sampai disini saja artikel bilalsubuh kali ni. Terima kasihlah yang sudi membaca. Tak sangka pulak sampai panjang macam ni. Semoga dapat manfaat atas apa yang hendak disampaikan. Kalau ada apa teguran, mintak comment ya.
Barakallahufiikum.
9 comments:
Salam semua...
menjadi imam itu, pada the very majority of us..insyAllah dapat memberi didikan buat kita...
mari betulkan niat kita semula =)
menyahut seruan encik bilalsubuh, ni ada hadith dalam sahih muslim (boleh search di www.searchtruth.com)... =)
'ta' b. Yasar reported that he had asked Zaid b. Thabit about recital along with the Imam, to which he said: There should be no recital along with the Imam in anything, and alleged that he recited:" By the star when it sets" (Surah Najm) before the Messenger of Allah (may peace be upon him) and he did not prostrate himself. (Book #004, Hadith #1192)
huhu, tiada ulasan mampu diberi...carilah huraian hadith oleh mereka yang layak ya =)
terima kasih atas article yang best nih!!
Kind regards,
Lampu meja
Eire
p/s - setiap dari kamu adalah pemimpin, dan akan disoal tentang pimpinan mu itu...
penulisan yg baik..
mmg skrg symptom(den gelar simptom sbb semakin lame semakin menular la) ini kuat wee..
even ade yang imam2 atau tuan2 haji yang sanggup menolak(cam kasar lak) atau meminta rakan laen yang menjadik barisan hadapan.. haizz.. den rase mungkin disebabkan keyakinan seseorang tu kurang sbb ketua barisan hadapan nie mmg berat..
den pon alami keadaan same mcm penulis even pernah tergetar2 then terlupa ayat mane yg perlu disambung.. lol..
Nway bes nye dah abes exam wuaa..
p/s-->kat kawasan den jarang org minum kopi pakai gula hilang rasa kepahitan kopi tu nanti.. org2 malaysia je kut suke gula2 nie kan =D
salam
btol2 cakap bilalsubuh.
same2 la kita memperbaiki hidup kita.
Take one step futher to improve ourself. Insyallah.
salam everybody.
i'm so sorry if my writing seems to be so harsh to you guys. i didn't mean to make a personal attack on anybody nor being superior to the others.
i take this as an obligation for me to deliver. me myself has lots of mistakes done. astaqhfirullah.
for the anonymous from msia, please be clear. maybe we can correct the situation together. if ur friend really needs helps, i need you by my side coz u seem to be so close with him. i'm a very approachable n funny guy though...hahaha...
mintak maaf banyak2.
salam.
Salam gembo,
Di barisan hadapan sebagai pembela. Rindu aku dengan ayat ni. Rindu jugak Masjid Al Quds Seremban. Rindu jugak berjemaah bersame2 dengan budak batch. Semua aku rindu. Huhu. Btw, nice elaboration of the phrase. Nanti balik Malaysia boleh la redefine balik kat budak2 junior hehe.
Salam rindu
hehehe... ni yg tak sabar nak pegi rumah ISRA' nih... nak lumba2 saper yg jadik bilal subuh...
"fastabiqul khairat... (berlumba2lah kamu dalam kebaikan...)"
p/s nice nickname and great entry :)
ceh..
songkok lebih2 lak..
hahaha..
Nway to anonymous from MY den just sarcastic je lol u take it serius pulak.. u think i dunno there are banyak jenis kopi??/ lol
nvm..
kepada gembo keep up this good work..
penulisan simple tenang je bace xnampak proper xpe asalkan content tu jelas..
salam
Monitor razi
C-13 2005 =D
panjang nye ko tulis gembo...
haha..
tapi respek laa..
bagus..
yg part jadi imam ng bapak mertua tuh
aku cuak..
haha..
camner laa nanti..
aku tak sebaik ko..
ades..
bilalaa nak berubah...
mungkin nih faktor tuhan maintain aku single..
hehe..
Aku menanti suara itu. suara yang menggegar alam fajar. aku memanjangkan imaginasiku, nun jauh ke tanah tempat aku bertatih. Suara ini masih lagi lembut membelai gegendang mereka. terkadang aku terasa seperti mahu berpuisi menggantikan suara pemberian Ilahi. 'hoi, manusia anak Muhammad, pergilah kamu menelan nanah itu, rasakan lecur bahang api itu, basahkanlah tekakmu dengan gelegak air ini, inilah apa yang kamu mahukan selama ini'. tetapi suara baru fajar kali ini aku lafazkan satu satu. Beserta alunan irama syahdu. Bersama gagasan fikrah Maha Satu. Kerana kini aku tahu. anak Muhammad ketandusan hidayahMU.
Post a Comment