Friday, February 6, 2009

AIR MATA MALAYA


IDEA ASAL : BILALSUBUH

PENULIS : IZZAT HAFIFIE @ GEMBO

TARIKH : 6 FEBRUARI 2009


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.


Bilalsubuh sangat sedih apabila melihat keadaan politik di Malaysia yang kucar kacir kebelakangan ini. Dan kekucar-kaciran itu ditambah pula dengan pengambilalihan kerajaan negeri di Perak oleh Barisan Nasional daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.


Bilalsubuh juga beberapa kali ditanya oleh sahabat-sahabat berkenaan hal ini. Mengambil kesempatan dalam penulisan ini, bilalsubuh ingin menyatakan pendirian bilalsubuh. Diharap pembaca dapat menghabiskan artikel ini agar tidak timbul fitnah di kemudian hari.


Memang tidak dinafikan yang bilalsubuh memang pro parti pemerintah kerajaan pusat, BN. Tapi bukan bilalsubuh nak ajak sahabat sekalian bergaduh atas nama parti. Islam tak menyuruh umatnya berpecah belah.


Firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 103:


وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ


Maksudnya: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.


Ingat wahai sahabat, orang Islam itu bersatu bukan atas nama parti, bukan atas nama bangsa, bukan atas nama Negara, bukan atas nama Sultan, dan bukan pula atas nama agama. Umat islam bersatu berdasarkan aqidah yang sama, fikrah yang jelas.


Mengakui, menyaksikan yang tiada Ilah selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah lalu berganding bahu menyampaikannya kepada umat manusia.


Jika fikrah dan system pemerintahan tidak bertunjangkan aqidah, beginilah jadinya. Lompat
parti sana sini. Tidakkan mereka terfikir perasaan rakyat yang mengundi? Kasihan bangsaku yang mengikut telunjuk.


Sungguh ada antara mereka yang tidak mengerti, hanya tahu mengikut sahaja. Kasihan.


Bukanlah niat bilalsubuh mempersoalkan aqidah pemimpin-pemimpin masa kini. Tetapi jika semua mereka memahami keindahan ajaran Islam, sungguh tidak akan jadi perbalahan seperti ini.


Mungkin ada yang mempersoalkan Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk. Ya, betul, tidak dinafikan. Namun, tidakkah kamu menoleh melihat sejarah? Jika kamu tidak melihat sejarah Islam pun, lihatlah sejarah India. Bagaimana apabila umat Islam dibezakan dengan penganut Hindu? Islam bukan lagi dianggap agama yang ‘unison’.


Melihat kembali kepada Pilihan Raya Umum tahun lepas, pada waktu itu bilalsubuh dan rakan-rakan sedang bertungkus lumus study untuk A-level dan interview PMC. Setelah habis solat Asar di surau Cemara, kami akan beramai-ramai duduk di ‘starbucks cemara’ dan membaca akhbar yang disediakan, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Strait Times, dan The Star. Memang hangat la perbincangan kami.


Namun terdetik dalam hati bilalsubuh, “adakah aku ingin berat sebelah?” mulai hari itu, apabila bilalsubuh ke Ole-ole, ataupun ke Giant seksyen 18, pasti bilalsubuh akan membeli akhbar ‘suara Keadilan’ sebab beritanya merangkumi semua, PKR, PAS dan DAP. Tambahan pula hampir kesemua beritanya menghentam BN dan UMNO. Kiranya senang la nak buat comparison…


Apabila membaca artikel-artikel tulisan penyokong PR dalam Suara Keadilan dan membandingkan dengan apa yang akhbar lain katakan, bilalsubuh rasa nak tergelak, disulam dengan rasa hiba. Rasa geli greater omentum ni.


Akbar berbaur politik seperti ini tidak ubah seperti medan untuk caci-mencaci, umpat-mengumpat, fitnah memfitnah. Masyaallah. Sama saja semua, baik BN mahupun PR. Bilalsubuh buat kenyataan ini selepas membaca akhbar. Mungkin pemahaman bilalsubuh salah, maafkan bilalsubuh.


Yang paling menyedihkan, mereka adalah orang Melayu, umat Islam! Yang menerima ajaran Muhammad SAW, berkongsi aqidah yang sama, dan sama-sama berpeluang merasa nikmat kemanisan islam dan iman.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 191:

فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ الْكَافِرِينَ


Maksudnya: Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.


Jika di Malaysia, kalau bunuh orang, even bersubahat pun kena hukum gantung. Kalau fitnah tu lebih besar bahayanya dari membunuh, macam mana pulak tu bilalsubuh? Hahhaha, professor klon, professor klon…(nanyi)


Namun, demokrasi telah membuktikan kuasa silent majority. Rakyat telah membuat keputusan dengan menafikan hak 2/3 kerusi parlimen di kerajaan pusat dan mengiktiraf 5 negeri untuk diperintah oleh Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, semuanya selesai dan BN sepatutnya mengambil pengajaran dari hal itu.


Even akhbar Suara Keadilan pertama yang bilalsubuh beli pon, tajuk depannya, “BN Akan Kalah Teruk”. Lebih kurang macam tu la tajuk dia. Itu adalah prediction Anwar Ibrahim yang pada ketika itu menjadi de-facto PKR dan masih tidak boleh bergiat aktif dalam bidang politik.


Tup tup, terdengar pulak kisah 16 September. “kita nak ubah kerajaan”. Yang bilal subuh ni 25 Sept nak fly. Kang kalau jadi apa-apa, tak boleh fly la plak. Kot-kot la jadi cam cerita The Terminal tu…hahahaha…alhamdulillah tak jadi.


Eh, 24 September pulak? Sudah dah…tak fly la aku…hahahhaha…sibuk2 jer PR ni nak bagi orang lompat parti. Ish3, cangkatnya pemikiran. Kononnya, dah ada 30 orang nak masuk PR. Ini adalah dusta, atau menanti masa untuk di umumkan? Tak pa, bilalsubuh masih optimis dengan kata-kata Anwar Ibrahim.


Tapi sekarang, 4 ahli ADUN dari PR lompat parti masuk ke BN bagi membolehkan BN membentuk kerajaan baru di negeri Perak. Dari segi undang-undang, ia bukan bidang kemahiran bilalsubuh.


Tapi, bilalsubuh yakin dengan kredibiliti Sultan Azlan Shah yang juga merupakan bekas Hakim Malaya. Tambahan Baginda dibantu pula oleh Raja Dr. Nazrin. Memang anak beranak yang hebat.


Ada orang yang tak faham undang-undang, nak pula bercakap pasal The Rule of Law. There’s no such the Rule of Law. Jika kita benar-benar beriman, jadikanlah hati sebagai pagar.


Apa yang tercatat dalam perlembagaan, ikutlah. Kerana Malaysia bukanlah sebuah Negara yang mempraktikkan kesuluruhan ajaran Islam. Kerana sesungguhnya kita masih belum bersedia.


Yang sedihnya, BN menerima 4 orang ADUN ni sebagai ahlinya. Dua daripada mereka masih dalam siasatan mahkamah atas tuduhan rasuah. Mencalit arang ke muka sendiri. Dan bilalsubuh rasa semua boleh mengagak apa yang akan terjadi selepas ni. Sungguh BN retak menanti belah, patah menanti rebah!


Yang PR pulak, dulu sibuk nak suruh orang lompat parti. Nak juga buat kerajaan baru. Tapi sekarang, bila 4 orang dari kalangan mereka lompat ke BN, mulalah melatah.


Baru mula nak fikir perasaan rakyat. Kononnya biarlah rakyat yang membuat keputusan. Hak rakyat.


Namun selama ni yang terkejar-kejar sampai ke Taiwan tu menatang apa? Mana kamu letakkan perasaan rakyat yang telah membuat keputusan? Dimanakah priority kamu? Rakyat atau parti?


BN pun satu, tak pernah ambil pengajaran. Sedarlah wahai golongan tua yang pemuda-pemuda, bakal cendekiawan-cendekiawan Negara, sebahagian besar mereka telah mengalihkan pandangan kepada Pakatan Rakyat. Masa depan BN akan malap.


Tapi apa yang korang buat? Rasuah, bergaduh, maki-memaki like monkey and monster dalam parlimen. Yang pak lah pun masih tak paham. Masih yakin dengan mandat rakyat. Kalaulah Sabah dan Sarawak tu tak masuk Malaysia, boleh ker BN menang? Tepuk meja tanya ahli parlimen…


Bilalsubuh bukanlah nak menderhaka. Tetapi sedih apabila melihat Negara sendiri. Inilah akibatnya jika aqidah kita diasingkan dari aspek kehidupan. sungguh Islam itu agama yang syumul. dan Al-Quran itu pedoman sepanjang jalan. Ayuh bersatu kita atas dasar aqidah yang sama.


Kepada pemimpin masa hadapan, sedarlah kita bahawa kita ni diutuskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ni.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30:


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُون


Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Tak cukup dengan itu, kita juga akan disoal oleh Allah di akhirat nanti sebagai saksi kepada umat manusia.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 143:


وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً


Bermaksud: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat pertengahan dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…(hingga akhir ayat)


Sungguh misi kita di dunia ni adalah misi untuk menyelamatkan diri sendiri di akhirat nanti dari di soal oleh Allah. Namun, sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab syahadah kita? Mahukah nanti kita berjumpa Allah dengan perasaan malu kerana gagal menyampaikan kebenaran Islam?


Lihatlah bangsa Yahudi yang dilaknat. Kerana gagal menyempurnakan tugas syahadah ini, Allah hina bangsa mereka. Sudah tidak ada Rasul yang bakal diutuskan untuk umat manusia selepas ini kerana Muhammad was the last Messenger of Allah. Tugas ni jatuh ke bahu kita wahai sahabat.


Wahai pemimpin masa hadapan, jadikan Islam itu cara hidup kita, Al-Quran dan Sunnah itu pedoman kita agar kita selamat dunia dan akhirat. Sesungguhnya setiap amalan, harta, dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas kita akan disoal di akhirat kelak.


Sekian saja buat kali ini.


Barakallahufiikum.

4 comments:

Anonymous said...

bagi aku,
semua org ade pandangan dan fahaman berbeza..
baik PR atau BN..
so, kita kene menghormati pandangan org lain dan mereka yang tidak menyebelahi mana mana pihak aku leh katakan die pengecut..
takut diejek oleh penyokong PR, takut tak dapat projek oleh BN..
kita kene stick to one untuk sokong dan fahami segala keadaan yg berlaku..
menyokong suatu pihak tidak bermakna pihak yg kita sokong itu betul kerana parti ditunjang oleh manusia dan manusia tidak akan sentiasa sempurna.
oleh itu kalo berpihak pd satu pihak, pilihlah pihak yg beriman dan kurang melakukan kerosakan..
tidakkah ulama warasatul anbia?
pikir2kan dan renung2kan..
selamat beramal..

Anonymous said...

btul ana setuju dgn komen di atas.

yg ana pelik, anta islam, tapi mmburuk2kan parti yg membawa islam.
apekah????

sesungguhnya akidah, akhlak dan syariat x boleh dipisahkan malah perlu bergerak seiring.

Anonymous said...

i wonder;
if the party bawak islam pun; belum tentu sempurna.

islam is perfect; yet muslim is not.

moga yg baik itu daripada Allah, yg buruk itu dari diri saye sendiri

Anonymous said...

hhhmmm...

kpd anonymous pertama...

rasanya penulis tidak pula mention perkataan parti islam, apatah lagi untuk memburukkannya... jika adapun, rasanya penulis hanya mention perkataan PR(pakatan rakyat) secara umum...

harap anonymous pertama berhati2 dalam memberi komen...

wallahua'lam